PESANAN UNTUK YANG INGIN BELAJAR
Saya amat menekankan kepada sekalian pelajar untuk meletakkan pengharapan kepada ALLAH SWT sebagai pusat QUWWAH (kekuatan) dan sebagai satu-satunya yang Maha Berkuasa dan Memberikan apa yang kita pohon. Sesuai dengan matlamat Mind Gym adalah mengajak pelajar untuk mendekatkan dirinya kepada ALLAH SWT dengan cara menempuh jalannya, iaitu wirid dan menyintai ALLAH SWT. Rasulullah SAW bersabda, “Doa akan bermanfaat bagi perkara (musibah) yang telah diturunkan atau yang belum diturunkan. Oleh kerana itu, wahai hamba-hamba Allah, hendaklah kalian selalu berdoa" (HR Hakim). Kita sedia maklum bahawa ramai orang yang hanya mengingati ALLAH SWT dikala susah atau tertimpa musibah. Inilah matlamat utama Mind Gym untuk mengembalikan ummat untuk menyintai ALLAH SWT. ALLAH SWT berfirman, “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya”.
Mind Gym menggunakan media internet adalah kerana media internetlah yang paling disukai oleh masyarakat sekarang namun ramai juga yang jarang menerima siraman rohani melalui internet dan menyalah gunakannya. Jadi dari itu Mind Gym terpanggil sama-sama menyumbangkan idea untuk kepentingan masyarakat. Insya ALLAH, kami akan terus maju dan memperbaiki diri sendiri bersama para anggota dan ummat sekalian yang masih memliki hati untuk kembali ke jalan yang diredhai-Nya.
KHAS BAGI MEREKA YANG YAKIN, RAJIN BERAMAL, IKHLAS DAN JUJUR !!!
BAGI YANG TIDAK YAKIN, TIDAK MAHU BERAMAL, TIDAK IKHLAS HARAP JANGAN BERGABUNG DENGAN KAMI KERANA IANYA AKAN MENIMBULKAN MASALAH DI KEMUDIAN HARI !!!
PERJANJIAN
- Kami menerapkan SISTEM MAHAR kerana kami mengharapkan anda IKHLAS sebagai syarat utama belajar dari kami, juga tentunya anda akan mendapatkan pahala hasil dari KEIKHLASAN yang anda sumbangkan.
- Dengan MAHAR bererti anda IKHLAS memberikannya kepada kami, kerana itu MAHAR tidak akan dikembalikan
- Kami bertanggung jawab memproses pesanan anda dan kemudian membantu anda yang sudah belajar dari kami semampu kami. Oleh kerana kami MAKHLUK ALLAH, maka kami hanya berusaha sekuat tenaga untuk membantu anda, kepastian adalah milik ALLAH. Dengan keyakinan, kesabaran dan istiqamah (berterusan) dan mengikuti aturan yang ada tentunya ALLAH pasti kabulkan cepat atau lambat atau diberikan ganti yang lebih baik. Kami membantu anda tanpa mengira masa.
- Jika dalam 3 minggu belum ada jawapan dari kami atau pesanan belum diterima, harap hubungi kami samada melalui email dr_hjshahrin@yahoo.com atau +60129819425. Kami akan lakukan semakan dan akan mengirim kembali pesanan anda itu.
- Anda harus YAKIN kepada ALLAH dengan berbaik sangka kepada-Nya bahawa ALLAH pasti kabulkan cepat atau lambat, tetapi jangan memaksa ALLAH untuk kabulkan permintaan anda.
- Anda harus sabar dan istiqamah (berterusan) dalam mengamalkannya dengan ikhlas untuk menggapai redha ALLAH dan juga mempertajam ilmu anda.
- Anda harus berniat bersih dan menjauhkan diri dari larangan agama terutama ZINA, minum minuman keras, menagih dadah, judi, kufur, fasiq dan syirik
- Anda harus gunakan keilmuan anda untuk tujuan baik.
SYARAT MENGUASAI ILMU HIKMAH DI MINDGYM SECARA UMUM
- Beragama Islam
- Berkeyakinan bahawa ilmu hikmah ada dan dapat dikuasainya
- Berbaik sangka kepada diri sendiri, kepada ALLAH dan kepada ilmu hikmah itu sendiri bahawa kita harus yakin dapat, yakin ALLAH memberi dan yakin ilmu hikmahnya berguna bagi dirinya
- Melakukan amalan berupa berpuasa jika diharuskan berpuasa, konsentrasi, wirid/membaca amalannya dengan waktu dan jumlah yang ditentukan. Semakin diwirid, ilmu hikmah semakin mendarah daging hingga ALLAH SWT mudah memberi apa yang kita minta. Pepatah mengatakan, "Setiap wirid pasti ada warid (hasil)". Ketentuan puasa dengan mensyaratkan makanan tertentu hukumnya tidak wajib, sekadar menahan nafsu duniawi dari kebiasaan selama ini, sebagaimana diterangkan dalam Manaqib Syekh Abdul Qadir Al Jilani yang menetapkan murid-muridnya untuk tidak makan daging untuk kesempurnaan ibadat.
- Ilmu Hikmah bersumber dari ajaran Islam atau dari amalan Ulama' Hikmah
- Ilmu Hikmah akan bermanfaat jika dilakukan untuk kebaikan, tidak untuk kesombongan atau pertunjukan.
- Ilmu Hikmah masih tetap ada atau masih baik dayanya di tubuh seseorang selama dia menjauhi minum minuman keras, mencuri, berzina, menagih dadah, main judi, syirik dan murtad
- Ilmu Hikmah tidak semuanya dapat didemonstrasikan kerana sifatnya defensif atau jaga diri atau datang ketika diperlukan.
- Ilmu Hikmah bermanfaat jika digunakan untuk perkara sebenar dan bukan untuk dimain-main atau menguji.
- Ilmu Hikmah, zikir, wirid dan sejenisnya adalah sarana, atau doa, atau sugesti keyakinan diri dan bukan yang berkuasa dan memberi bekas. Dan sarana harus suci dan halal, tidak boleh bertentangan dengan ajaran Islam
Comments
Post a Comment