AKTIVITI MIND GYM

Berikut ini adalah aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Mind Gym:

1) Pada setiap hari Sabtu jam 9.00 - 10.30 malam, latihan Senaman Pernafasan Magnetism diadakan di Kolej Teknologi DarulNaim, Pengkalan Chepa. Latihan dijalankan selama 16 minggu dengan bayaran minima RM15/ untuk setiap bulan. Latihan ini hanya untuk orang dewasa sahaja. Antara silibus yang dijalankan adalah:

- 11 pergerakan olah nafas (nafas salur, keras dan tahan)
- 7 olah nafas dalam keadaan duduk(nafas salur, keras dan tahan)
- meditasi
- visualisasi
- transfer energi
- pengubatan
- pemagaran
- getaran power
- intuisi
- deteksi/pengesanan
- beladiri

Setelah 15 minggu latihan, pada minggu ke 16, Mind Gym akan mengadakan latihan akhir sebagai penamat. Beberapa ujian yang ringan akan dilakukan ke atas ahli.

2. Bagi ahli yang lama, boleh meneruskan latihan di KTD pada setiap Sabtu sebagai ulangkaji dan RM15/ akan dikenakan sebagai bayaran yuran bulanan. Beberapa penambahan latihan akan diberikan sekiranya ahli lama hadir iaitu:

- Lanjutan 7 olahnafas berdiri dan bergerak
- Jurus Tenaga Dalam Frekuensi Ilahi
- Teknik half lock dan full lock
- Teknik Ofensif dan Defensif
- Latihan Multi Isobionic selama 10 minggu

3. Ahli-ahli lama akan diserapkan ke perguruan seni beladiri dan persilatan berdasarkan minat masing-masing sebagai tanda ukhwah tanpa ada kepentingan peribadi.

4. Setiap hari, ahli bebas untuk bertemu dengan Prof. Dr. Hj. Shahrin Abd. Rahman untuk berbincang samada hal peribadi atau umum.

5. Ahli digalakkan untuk menghadirkan diri ke kelas agama/pengajian kitab di masjid-masjid pada setiap hari.


* Latihan Sabtu dikendalikan oleh Ketua Jurulatih Master Wan Khairul Azmi dan dibantu oleh jurulatih yang terlatih iaitu Master Rosmizi, Master Din dan En. Adnan.



Comments